Student Spotlight - Aiman Azhan - Malay
Aiman Azhan and his supervisor Stephanie Doyle graduated from Everett Community College on the same day in June 2017.
Apakah yang anda belajar di EvCC?
Saya sudah tamatkan pengajian diploma dalam bidang bisnes
Kenapa anda pilih EvCC?
Saya pilih Everett Community College kerana saya yakin ia mampu membantu mempersiapkan saya dengan suasana dan gaya hidup di kolej. Saiz kelas yang kecil mampu menggalakkan lebih banyak interaksi antara pensyarah dan pelajar, menyebabkan process pembelajaran lebih efektif dan memberikan impak yang positif terutama kepada pelajar antarabangsa. Tetapi sebenarnya, apa yang membuatkan saya tertarik kepada kolej ini adalah lokasinya. Ia tidak terlalu dekat dengan kesibukan bandar dan tidak terlalu jauh ke pedalaman.
Nyatakan pengalaman terbaik anda di EvCC.
Pengalaman terbaik saya di EvCC adalah bekerja dengan jabatan “Business Applied Technology” selama 2 tahun. Meluangkan masa bersama rakan rakan seperti menonton wayang juga merupakan antara pengalaman terbaik saya di sini. Kadang kadang apa yang kita perlukan adalah sedikit masa untuk berehat daripada kesibukan kerja harian, dan cara terbaik untuk melakukannya adalah bersama rakan rakan.
Siapakan yang telah membantu anda berjaya di EvCC? (ahli faculty, staf) Apakan yang telah orang tersebut lakukan untuk membantu anda?
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga BAT saya: Ryan Davis, Stephanie Doyle, Leanne Shults, Leigh Christianson, dan Rie Fountain, yang telah banyak mengajar saya sepanjang tempoh 2 tahun yang lepas. 2 tahun ini rasa seperti saya adalah anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang oleh mereka. Mereka adalah seperti keluarga kedua saya di sini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah terutama sekali pensyarah bisnes seperti Bill Reed, Michael Chaplin, Dongwa Hu, dan Marie Connelly, yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan membantu saya sepanjang tempoh pembelajaran saya di sini. Dan tidak dilupakan juga abang besar Visakan Ganeson yang telah banyak membantu dan menyokong saya daripada hari pertama. Tanpa mereka, saya bukanlah saya yang sekarang.
Apakah nasihat anda untuk pelajar baru EvCC?
Jangan takut dan malu untuk bertanya atau minta pertolongan – malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut. Everett Community College ada menawarkan pelbagai fasiliti yang mampu membantu mendorong semangat sepanjang kehidupan di kolej. Jangan malu untuk bercakap dan berkawan dengan orang baru walaupon Bahasa Inggeris bukanlah bahasa utama anda, dan layan orang seperti mana anda mahu dilayan. Percayalah, kolej lebih seronok daripada apa yang anda fikirkan!
Apakah rancangan seterus anda?
Rancangan saya yang seterusnya adalah pindah ke W.P. Carey School of Business, Arizona State University untuk sambung pengajian ijazah sarjana muda saya dalam bidang kewangan.
Apa apa yang anda mahu tambah?
2 tahun di Everett Community College adalah antara salah satu pengalaman paling berharga untuk saya. Semestinya, pilihan saya untuk masuk ke Everett Community College merupakan pilihan terbaik saya setakat ini.